Friday, December 08, 2006

Just photo

Setiap hari yang sibuk, skrng ni da masuk 3 minggu, lagipun aku dah lama tak update blog aku nih..Selalu aku update blog frenster je...macam double standard je kan...
Pic yg aku ada hanya hari pertama je coz xde masa nak berposing2 kat ofis..hahahahhaha



tepi: pemakaian biasa sahaja
bawah : pemakaian dikemaskinikan dengan
jaket















Saturday, October 28, 2006

Mahathir Mohamad

Muggo Port



Aku terpanggil utk menulis blog nih..bukan pasal apa, semakin hari aku semakin sakit hati dengan ragam Mahathir yg byk mengkritik kerajaan Pak Lah, Mahathir ni umpama berak tepi jalan tapi tuduh org lain yang berak..
Bagi aku, kepimpinan Pak Lah umpama kanak-kanak baru berjalan jd sebagai org dewasa kita biarkan kanak-kanak tu berjalan teguh dgn sendirinya, Pak Lah baru je memerintah lebih kurang 3 tahun jika hen
dak dibandingkan Mahathir dah 22 tahun dengan cara kuku besi dan penuh kehinaan dan gila pangkat macam Lee Kuan Yew ( perangai sama je).
Jika dilihat ketika zaman Mahathir ketika itu Pak Lah Menteri Luar Negeri, beliau pernah dipecat oleh Mahathir dan ketika zaman Mahathir, dia pernah menyeksa dan "memusnahkan" hidup mereka yg menentang Mahathir sebagai contoh, Mahathir mengarah pihak Kementerian Dalam Negeri tangkap ustaz aku, Ustaz Nik Adli sedangkan ketika di Afghanistan, Ustaz Nik Adli(anak MB Kelantan) menolong dan berjihad menentang tentera komunis Russia atas sokongan Amerika...Mahathir ni umpama badut yg disuruh.
Lepas tu pada zaman dia, senang2 je dia kutuk dan hina Rasullullah dan membuat andaian secara liberal dan kafir malah dia juga menyuruh ulama, menukar atau update Al-Quran mengikut zaman moden sedangkan Allah berfirman bahawa Al-Quran sampai kiamat adalah relevan utk diikuti dan sesungguhnya sebagai org Islam, wajib ikut...
Yang Peliknya, waktu zaman dia, bila org tegur skit je, terus melenting, marah, melatah...Mahathir ni cakap tak serupa bikin.
Apa yg Mahathir cakap pasal Pak LAh umpama mengkritik diri sendiri kerana apa yg Mahathir kritik Pak Lah dan cakap benda yg bukan2, semuanya dilakukan oleh Mahathir sendiri..Negara polis la, Media disekat la, projek keluarga la mcm2 lagi, tu semua dilakukan oleh zaman Mahathir atas arahan Mahathir.
Bagi aku ikhlas dari hati, Mahathir sepatutnya masuk ISA, biar diar rasa mcmana dia buat pada org lain, biar dia tahu..Bagi kita rakyat Malaysia, siapa sahaja Ketua Negara, wajib kita sokong jika beliau membawa kebaikan....



++Bagi aku, Mahathir umpama suara sumbang dalam majlis keramaian yg inginkan perhatian...hahahha



Tuesday, October 24, 2006

Selamat Hari Raya

tgh nak isi minyak, baru balik semayang raya..


Kul 6 aku da bangun, lepas sembahyang subuh, berkemas n gosok baju...Yang paling best boleh kata, setiap tahun aku akan ada baju raya baru tp yg paling best tahun ni, baju raya biru aku ni, awek aku, hyni yang jahitkan...hasil tgn dia..hahhaha...Tu yg semangat nak pakai baju raya ni...
Tahun ni raya kat sni je coz mak ayah aku taknak balik kampung...mayb esok atau lusa baru aku gi jln2 umah kawan2 aku kat melawati kot...Tahun ni mak aku masak Rendang daging tok, Sambal Goreng Singapore(resepi nenek aku), Rendang Ayam dan Ketupat..tahun ni nasi briyani, xde dlm list.
Ish..ish...13/11 da makin dekat nih...takut n gembira pun ada, aku da nak mula menjelajah DUNIA sebenar...Semoga aku berjaya la....

aku ngan aidid tgh nak gi masjid,sebelah je masjid

Tak lupa pada sahabat2 aku, aku ucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin...

Saturday, September 30, 2006

Seronok tp risau



Bersyukur kepada-Nya, aku dapat siapkan dokumentari final projek dalam masa yang ditetapkan walaupun aku buat sorang....Boleh kata apa yang bergelora dalam hati ini dapat ditenangkan dengan hasil yang siap dan dihantar semalam tp VIVA minggu depan 5/10 Khamis, kena prepare ni....Hah, aku mengucapkan terima kasih kepada kawan2 aku yg sudi membantu.Luv u guyz...

aku dan kawan aku, aiman, Jambi student ( indonesia) tgh cuti...



amacam, sempat posing nih...heheheh..

Ni pun da lama aku tak buka frenster apatah lagi blog...terlampau sibuk sampaikan kerja yg sepatutnya aku lakukan setiap pagi iaitu baca paper dlm internet, tak dapat aku buat..Walaupun aku da lama tak baca tp ada la curi2 tgk paper, yg paling aku sakit hati dengan si KAAA YUUU ( mentor menteri S*******), dia pikir apa, ingat malaysia takut ke, disbbkan kat sana ada orang melayu,byk keistimewaan diaorg dapat...ni bukan pasal kemelayuan tapi kita sebagai manusia di dunia ni kena la, respek sesama bangsa dan budaya...

HHHAAAAIIIII !!!!!mengeluh aku, dia pikir negara dia bagus sgt ke...da la ko mengeksploitasi sistem sosial dan pendidikan sehingga membuat rakyat ko berfikiran kolot lepas tu mcm robot, itu la sebabkan nape ko leh 'bertakhta' lama kat situ....

Ko tunggu, bila aku sudah menjadi seorang journalis yang disegani, akan banyak artikel yang akan singgah ke kepala otak ko termasuk ahli kabinet ko.......
Tujuan aku menjadi seorg jornalis ialah mencapai cita2 asal ku dan aku akan menentang semua pemikiran serta org yang berfikiran jumud, ortodok sehingga kdg kala membuat org lain memandang Islam sebagai agama yang sempit, ini adalah realiti...TUNGGU LA KORANG......Semoga Allah memberkati semua yang aku buat dlm memperbetulkan mereka ini......

Cakap pasal jornalis ni, bulan 11 bersamaan 13 haribulan hari Isnin, aku akan start praktikal di NSTP bahagian Berita Harian....Macammana keadaan di situ, semoga aku dapat menghadapinya dengan tenang.Risau dibuatnya tapi gembira dan seronok.....Startnye keje kat situ, bermulalah dunia penulisan yang membabitkan satu dunia.....

Ya Allah, Sesungguhnya Kau lah maha Kaya dan Bijak.



Selamat

Sebenarnya, aku terlalu sibuk sgt lepas tu bila aku nak buak blog aku, aku lupa password aku...nasib baik la hari ni aku da bebas..jd aku boleh check balik password aku...hehehehehe

Thursday, May 04, 2006

Fikirkan.....

Aku ni kadang-kadang terfikir, "mereka" ni tak terfikir ke atau buat2 tak tau??? perlukah peneguran atau menasihat seseorang dengan cara kasar atau kurang ajar..bukan apa, baru2 ni aku ada terjumpa sebuah tape editing (rushes) yang aku kena edit, dlm tu ada satu projek yg mempunyai unsur2 999(konon dia(m) lebih hebat dari polis sehingga dia yang soal dulu, tidakkah dia ni terfikir bahawa ada double standard iaitu apabila anak/ keluarga /polis sendiri melakukan kesalahan, mereka akan dilepaskan sbb perkara ni pernah berlaku depan mata aku) atau cara jabatan agama(tidak berpelajaran tinggi atau tidak ada akhlak orang Islam) iaitu, mereka menegur sepasang couple yg duduk berdua2an kat taman klcc yang mana ketika itu, ramai lagi orang disekitar itu malah guard klcc pun ada, apabila mereka ini datang menegur, mereka menegur seperti mereka ini adalah MALAIKAT atau insan yang tidak pernah buat dosa sebesar zarah pun...dgn cara mereka ini membuat aku sakit hati kerana mereka ini tidak bersifat mendidik atau berhemah, menegur pasangan itu seperti pesalah yang membunuh budak kecil.
Apabila sedang mnegur mereka, datanglah seorang guard klcc dan bertanya kpd pasangan itu, adakah mereka menghadapi masalah dgn "pasukan kononnya pencegah maksiat", jadi lepa seketika guard pun menegur "pasukan" itu, perbuatan diaorg ini salah kerana disitu tempat awam dan ramai orang dan mereka ini bukannya penguatkuasa. Oklah, tapi apa yg aku nak sampaikan mmg betul kita sesama Islam perlu menegur tetapi mesti dgn berhemah bukannya macam orang kafir. Dan apabila aku perhatikan "pasukan" itu, aku mendapati salah seorang dari mereka yang bertudung hitam, aku kenal dan dia selalu berpakaian seksi dan tidak bertudung tetapi dlm rakaman itu, dia bertudung dan selalu jugak aku nampak dia berkepit kehulu kehilir dan kadang2 rumah sewa dia tu lelaki selalu masuk dan siap tidur lagi tu, tu ISLAM ke klu macam tu, ...Pelik kan, dgn orang zaman sekarang, bercakap pasal Islam tetapi HIPOKRIT dan klu bahasa kasar MUNAFIQ la....
BIla tgk orang lain buat salah, fuh dgn bangganya menegur, kata pasal Islam tetapi bila dia buat, tak pula terfikir lepas tu cover2 jgn sampai orang nampak apa yg korang buat.
Apa yang ingin aku sampaikan adalah, Sebelum kita berbuat sesuatu, fikir dulu jgn jd HIPOKRIT kerana suatu hari nanti sifat itu akan makan diri kita..Bagi aku yang meluahkan, aku yakin bahawa peneguran yang berhemah dan bijak, lebih mendalam kesannya...Aku harap sesaper yg baca ni faham akan maksud ku...BE UR SELF...

Friday, April 28, 2006

Kehidupanku



Mengapa? Kenapa? selalu perkataan ini berlegar2 dlm fikiranku, bagiku manusia zaman sekarang perlu mempunyai pegangan agama yang kuat dalam masa yang sama pemikiran mereka juga perlu maju bersama2 pegangan mereka, kenapa mereka semua ini tidak seperti itu, jika yang kuat agama, pemikiran mereka kolot atau ortodok dan jika pemikiran mereka maju atau bagus, pegangan mereka pula terumbang ambing....Bagiku, hidupku yg bakal menjadi seorang wartawan kelak, akan aku perbetulkan pegangan dan pemikiran mereka agar mereka dan rakyat Islam tidak dipandang rendah...Insyaallah..BERNAMA tempat ku tuju....AMIN.